(EXCO PERANCANG BANDAR DAN DESA, PERUMAHAN, KESENIAN)
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH SEWA PADANG TEMBAK PADA 29 Julai 2012
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati dan diraikan sekalian.
Pada
pagi yang indah ini, saya berasa amat gembira dan berbesar hati kerana
berpeluang untuk bertemu tuan-tuan dan puan-puan semua. Untuk makluman
tuan-tuan dan puan-puan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan di dalam menjaga
kebajikan para penduduk di negeri ini.
Untuk
makluman tuan-tuan dan puan-puan, Rumah Pangsa Pandang Tembak ini telah
disiapkan pada tahun 1969. Rumah Pangsa Padang Tembak ini mempunyai 9
blok rumah pangsa iaitu Blok
A, B, F,G,H & J mempunyai 16 tingkat tidak termasuk tingkat bawah
(Ground floor) dengan kata lain 18 lantai termasuk bumbung dan Blok C,
D, & E mempunyai 17 tingkat, termasuk tingkat bawah (Ground floor)
dengan kata lain 19 lantai termasuk bumbung. Unit-unit rumah tersebut
dijual pada harga RM5,773.00 untuk rumah satu bilik manakala RM9,287.00
untuk rumah dua bilik. Penjualan rumah tersebut dibuat secara sewa beli
dengan tempoh selama 25 tahun. Hakmilik strata untuk Rumah Pangsa Padang
Tembak ini telah dikeluarkan antara tahun 1995/1996.
Blok
E dan Blok J yang pada asalnya merupakan quarters bagi askar. Pada awal
2000an, quarters tersebut telah dikosongkan dan tidak dihuni sebanyak
melebihi 10 tahun. Kerajaan Negeri mengambil initiatif untuk memperbaiki
unit-unit yang kosong ini untuk disewakan kepada golongan yang kurang
berada. Sejak tahun 2008 sehingga 2011, 93 unit telah diperbaiki atas
usahasama Kerajaan Negeri dan pihak swasta.
Pada
tahun 2012, sebanyak 77 telah diperbaiki. Pada bulan April lalu, kita
telah melangsungkan majlis untuk penyerahan kunci fasa pertama. Hari
ini, kita mengadakan majlis ringkas untuk fasa yang kedua.
Prioriti
sewaan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan
rendah terutamanya golongan miskin, orang kelainan upaya (OKU), ibu
tunggal dan warga emas. Tujuan dasar ini dibuat adalah untuk membolehkan
golongan-golongan ini mendapatkan tempat kediaman yang murah dan selesa
untuk didiami bagi menjalani kehidupan seharian. Kadar sewaan yang
telah ditetapkan adalah pada kadar RM90 bagi unit satu bilik dan RM110
bagi unit dua bilik.
Kerajaan
Negeri sentiasa peka terhadap keperluan golongan yang kurang
berkemampuan ini, justeru pelbagai usaha dan inisiatif telah digerakkan
untuk membaikpulih unit-unit rumah sewa yang masih kosong untuk
disewakan. Penglibatan syarikat swasta di dalam menjalankan
tanggungjawab sosial mereka untuk membaikpulih unit-unit yang masih
kosong juga memberikan pandangan bahawa sektor korporat juga sentiasa
mengembeling tenaga bersama-sama pihak kerajaan untuk membantu
golongan-golongan ini. Justeru, untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,
fasa terakhir pembaikan unit-unit Rumah Pangsa Padang Tembak ini telah
diselesaikan dengan siapnya pembaikan ke atas 170 unit rumah sewa di
Blok E dan J.
Kerajaan
Negeri juga memberikan perhatian yang menyeluruh kepada semua
penduduk/pemilik/penyewa Rumah Pangsa Padang Tembak. Antara tindakan
yang telah dilaksanakan di Rumah Pangsa Padang tembak ini adalah dengan
menaiktaraf saluran paip-paip najis dan air bersih di setiap unit di
setiap blok Rumah Pangsa Padang Tembak. Pengecatan juga dibuat di blok F
dan J di Rumah Pangsa Padang Tembak. 5 blok 5 tingkat di Padang Tembak
juga turut dicatkan dan ini telah menyerikan keadaan sekeliling. Begitu
juga 3 buah lif di Blok E ditukar pada tahun 2010 dan 3 buah lift lagi
akan ditukar di Blok B tahun ini.
Kerajaan
Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat telah menaik-taraf
projek-projek perumahan awam yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri. Sejak
tahun 2009, bajet untuk pengurusan rumah pangsa awam telah dinaikkan ke
RM10 juta setiap tahun.
Semasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, bajet berkenaan hanya RM1 juta dan memang hanya untuk projek-projek kecil sahaja.
Kerajaan
Pakatan Rakyat memandang berat terhadap kebajikan bagi
penduduk-penduduk yang menghuni di rumah pangsa awam dan dengan ini
telah memperuntukkan sejumlah 10 kali ganda berbanding pentadbiran lama.
Antara
projek-projek berkenaan ialah penukaran lif, pengecatan, penukaran paip
air, penukaran paip kumbahan, penukaran wayar baru dan projek-projek
lain.
Antara
projek-projek perumahan awam yang mendapat manfaat ialah Rumah Pangsa
Padang Tembak, Rumah Pangsa Kampung Melayu, Rumah Pangsa Tun Sardon,
Rumah Pangsa Desa Wawasan, Ampang Jajar, Jalan Macallum dan Desa Jawi
dan Taman Free School.
Kerajaan
Negeri menguruskan 45 projek dengan 15,000 unit rumah awam di seluruh
Pulau Pinang. Melalui peruntukan RM10 juta setiap tahun, ia akan
memberikan manfaat kepada penghuni-penghuni di rumah pangsa awam
tersebut.
Kerajaan
Negeri telah mengemukakan permohonan untuk membina lebih banyak rumah
sewa melalui PPR dalam Rancangan Malaysia ke-8, ke-9 dan ke-10 tetapi
tidak mendapat kelulusan kewangan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Pada
4-3-2012, YAB Lim Guan Eng telah melawat ke projek mampu milik Halaman
Kenanga yang dibangunkan oleh PDC iaitu 510 LMC dan 206 unit LC. Ketua
Menteri pada majlis tersebut telah menyerahkan kunci kepada
pemilik-pemilik baru.
Untuk
rumah kos rendah, saya telah membuat lawatan ke tapak low cost flat
yang dibangunkan oleh Ideal Property Development Sdn Bhd di Bayan Lepas,
Pulau Pinang pada 19 April 2012. Projek pembangunan adalah melibatkan
534 unit rumah low cost dengan harga RM42,000. Selepas hari pelancaran
tersebut, dianggarkan 4000 orang melawat ke tapak tersebut dan terdapat
1141 pemohon yang membuat permohonan terhadap projek ini. Bahagian
Perumahan telah membuat tapisan serta pemilihan dan pemohon-pemohon yang
berjaya dihubungi melalui surat dan urusan balloting akan dibuat pada
30-7-2012 hingga 2-8-2012 di premis syarikat tersebut.
Pada
28-4-2012, saya telah mengumumkan bahawa integrasi data telah
disempurnakan antara sistem perumahan, MPPP, MPSP dan Pejabat Tanah.
Dengan integrasi data ini, kita boleh membuat tapisan yang lebih ketat
terhadap pemohon-pemohon supaya mereka yang memiliki rumah dapat dikesan
dan tawaran tidak akan dibuat. Ini merupakan satu usaha yang baik untuk
menambahbaikan sistem perkomputeran permohonan rumah kos rendah.
Pada
28-4-2012, saya juga turut mengumumkan butiran penjualan terhadap
projek terbengkalai yang dihidupkan semula iaitu Bukit Erskine di mana
terdapat 554 unit LMC. Mengikut rekod penjualan pemaju, 75% pembeli
adalah mereka yang berumur kurang daripada 40 tahun. Oleh itu,
orang-orang muda berpeluang memiliki rumah yang mampu milik.
Pada
13-5-2012, saya telah melawat ke Teluk Air Tawar untuk memulakan piling
work untuk satu projek terbengkalai selama 14 tahun. Ini berita baik
untuk 37 keluarga yang duduk di rumah kontena. Apabila kerja-kerja siap
dalam masa tiga tahun, 298 unit rumah low costs akan dapat disiapkan di
Teluk Air Tawar.
Pada
21-5-2012, saya telah melawat ke projek Suria Vista di Paya Terubong
untuk menyerahkan kunci kepada 123 unit LMC berharga RM67,500 kepada
pemilik-pemilik baru. Antaranya ialah 15 setinggan di kawasan Air Itam
yang mendapat pampasan rumah. Pembeli-pembeli berasa gembira kerana
berpindah ke rumah baru selepas satu tahun lebih menandatangani S &
P. Setinggan-setinggan juga berasa gembira kerana mendapat pampasan
munasabah.
Pada
1 Julai 2012, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar baru terhadap
pembelian rumah yang membabitkan warga negara asing. Kerajaan Negeri
telah menetapkan warga negara asing hanya boleh membeli rumah dengan
harga minimum sejuta untuk semua kategori rumah dan 2 juta untuk
hartanah landed di Pulau Pinang. Usaha ini ialah untuk memastikan
kepentingan warga tempatan dijaga dan warga asing hanya dibenarkan untuk
membeli rumah melebihi harga minimum dan tidak bersaing dengan warga
tempatan dalam pembelian rumah. Transaksi hartanah yang melibatkanwarga
asing ialah lebih kurang 3%.
Kerajaan
Negeri turut mengumukan pembinaan 12,000 unit rumah mampu milik di Batu
Kawan, 6000 unit di DTL, DBD, SPU dan SPT. Lokasi berkenaan ialah di
Jalan SP Chelliah, Teluk Kumbar, Ampang Jajar, Bukit Mertajam dan Batu
Kawan. Angka ini ditambahkan kepada unit yang dirancang oleh sektor
swasta sebanyak 20,000 unit. Maka jumlah tawaran masa depan ialah 38,000
unit.
Angka
ini hendaklah dibaca bersama dengan pemohon-pemohon aktif rumah kos
rendah dan sederhana rendah sebanyak 26,000 orang. Oleh itu, pada masa
depan, kita mempunyai perancangan yang jitu yang dapat memenuhi
keperluan penduduk-penduduk Pulau Pinang.
Saya
mengambil kesempatan ini mengalu-alukan anda untuk menghuni di Padang
Tembak. Adalah menjadi tanggungjawab saya dan Kerajaan Negeri Pakatan
Rakyat untuk memastikan kawasan ini selesa dihuni.
Sekian, terima kasih.